Program Nadi X-Governement- Skas - Sarawak Pay & Sarawak Id
17 Januari 2025 | Aktiviti TerkiniBermula pada 1 Januari 2025, Fasiliti NADI Sebandi Ulu telah mula diserbu oleh komunti daripada pelbagai kampung sekitar bagi mendapatkan perkhidmatan percuma membuat pendaftaran secara atas talian bantuan Sumbangan Asas Keperluan Sarawak. Perkhidmatan mendaftar Sarawak Pay dan Sarawak ID ini bagi menuntut peruntukkan untuk membeli keperluan asas ini telah disempurnakan secara percuma bagi tempoh perlaksanaan promosi bermula pada 1 Januari 2025 sehingga 14 Januari 2025. Pelbagai cabaran yang dilalui oleh petugas dalam melaksanakan tugasan ini kerana rata-rata pemohon menghadapi masalah teknikal berhubung penggunaan Sarawak Pay dan Sarawak ID, namun ia langsung tidak mematahkan semangat untuk petugas NADI terus memberi perkhidmatan yang terbaik kepada komuniti.
Semoga usaha berterusan seperti ini ditambah dengan keberadaan NADI Sebandi Ulu dapat terus memacu pertumbuhan ekonomi dan kemampanan ICT dikalangan masyarakat setempat.
• Pendaftaran
• Pendedahan NADI
• Soal Jawab
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: